.:[Double Click To][Close]:.

Bila Anda Cemburu...

Okay, topik kita pada hari ini adaalah CEMBURU.. Dalam erti kata omputihnya JEALOUSY.. Germannya pulak EIFERSUCHT *tergeliat lidah korang nak menyebutnya* Sapa yang tak pernah cemburu? Sila tunjuk peace depan laptop =P *kalau ada yang wat peace tue, sila tampar pipi kuat-kuat* Hehehe~ =)

Cemburu nie ada bermacam-macam jenis, ada pelbagai cabang, ada cemburu positif, ada yang negatif dll... & semuanya terserah kepada diri kita sendiri di mana kita nak menilai & meletakkan perasaan cemburu itu ^^

Bila orang ada sesuatu yang kita tak ada
kita cemburu...
Bila orang dapat result bagus daripada kita
kita cemburu...
Bila orang maju setapak daripada kita
kita cemburu...
Bila orang pandai daripada kita
kita cemburu...
Bila orang bermanja-manja dengan pakwe/awekz
kita cemburu...
Bila orang dapat apa yang kita tak dapat
kita cemburu...
Bila orang kacak/cantik
kita cemburu...
dan bila.. bila.. bila.. bila.. kita cemburu ^^

Saya? Apakah yang saya cemburukan? Jeng~ Jeng~ Jeng~ Jeng~ (^__^) Kadang-kadang ada banyak benda, kadang-kadang tak.. Biarlah rahsia yek *ala-ala lagu Siti gitue*

Walaupun secemburu mana pun saya, saya tetap dapat kawal dengan baik, alhamdulillah.. Apa yang saya buat?

1) Saya akan jarakkan diri sekejap dengan orang itu
2) Saya akan berdiam diri
3) Tutup mata sekejap
4) Tarik nafas dalam-dalam
5) Kosongkan fikiran
6) Fikirkan apa yang saya ada & dia tak ada
7) Fikirkan yang satu hari saya akan ada apa yang dia ada
8) Buka mata
9) Okay, dah! Hati pun tenang


Hahahaha~ Itulah cara saya, sekejap jer nak cemburu-cemburu nie.. Buat apa nak lama-lama, menyerabutkan urat saraf jer.. Hohoho~ =) & yang penting saya letakkan perasaan camburu saya sebagai satu yang positif, sebagai satu motivasi... Anda bagaimana? ^^


P/S : cuba berdiri di atas kaki sendiri ^^