Balik kerja hari tue, ternampak satu bungkusan Pos Ekspres Malaysia & slip keputusan peperiksaan semester 2 2010/2011.. Terus, OMG!! OMG!! Akhirnya benda yg diorder sebulan lepas telah selamat tiba ke tangan saya.. Terus abaikan slip keputusan peperiksaan, cepat-cepat koyak rabak Pos Ekspres.. Jeng! Jeng! Jeng! BUKU CONTENG-CONTENG EDISI KEDUA *berguling-guling excited terlebey* \(^_^)/
Kenapa baru sampai? Berjanggut tunggu Actually, si penconteng saudara Fahdli Hamdan dah post pada 4 Mei lepas. Tapi entah kenapa, tak sampai-sampai. Selepas sebulan habis exam, baru saya balik rumah. Cari punya cari tak juga jumpa-jumpa. Then terus lar e-mail kepada saudara Fadhli Hamdan. Then dia cakap dia akan hantar lain & kos ditanggung. Ohhh!! Terima kasih banyak-banyak yg tak terhingga saya ucapkan. Saudara Fadhli Hamdan memang terbaik! *ayat nak mengampu* (_ _!!
Sayangnya, buku edisi pertama saya tak ada sebab tak pernah tahu kewujudan conteng-conteng ini sebelum nie.. Huhuhu~ T_T *ada sesiapa yg sudi jual kepada saya?* Honestly cakap, ia merupakan hasil kerja yg sangat-sangat awesome segar dari ladang! Tumbs up! (^_^)v
Sesiapa yg belum lagi mengenali Conteng-Conteng ini, silalah take a look di SINI.. Saya konpem, anda pasti akan suka! (^_^)v Kalau tak suka, who cares? ~lalalaaaaa
"Kalaulah memori-memori hidup boleh dirakamkan, aku nak letakkannya dalam sekeping cakera kertas. Mungkin beribu keping pun tak cukup, tetap akan aku teropong satu-persatu dan merasa bersyukur dengan semua yang aku ada. Walaupun tak semuanya cantik, cukuplah sekadar merasa hidup.Terima kasih kerasa sudi meneropong kepingan-kepingan memori hidup aku. Mana tahu, mungkin kita berkongsi cakera yang seakan-akan sama?"Credit : Fadhli Hamdan
P/S : bersiap sedia untuk bekerja shift malam (_ _!!